Waspada Emel Menggunakan Nama Tunku Temenggong Kedah Untuk Program Anjuran BSMM

TULAR:
973

SEBENARNYA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan kiriman emel kononnya dari Tunku Temenggong Kedah bagi program anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah mendedahkan nama beliau disalah guna pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdayakan masyarakat melalui penghantaran e-mel tertentu.

Difahamkan, kandungan e-mel terbabit menggunakan nama dan jawatan beliau sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Beliau telah menulis entri amaran di laman Instagram miliknya.
“AMARAN/WARNING. Ini adalah permintaan yang PALSU.
This is a HOAX. This is a CON. Please take note.”

SUMBER:

Instagram Rasmi Tunku Temenggong Kedah

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI