Tiada Agihan Pokok Bunga Secara Percuma di Taman Tasik Titiwangsa

TULAR:
75

SEBENARNYA:

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL):

DBKL menafikan dakwaan dalam beberapa hantaran di media sosial yang menyatakan kononnya terdapat pemberian pokok bunga secara percuma di kawasan Taman Tasik Titiwangsa selepas penganjuran KL Park Festival 2025.

Untuk makluman, kerja-kerja pembersihan dan pengalihan tanaman hiasan sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik sebagai sebahagian daripada proses penutupan acara tersebut. Tiada sebarang agihan pokok bunga kepada orang awam dibenarkan.

SUMBER:

Facebook Rasmi DBKL


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI