Waspada Terhadap Modus Operandi Pengambilalihan Akaun Aplikasi Komunikasi dan Penipuan Pinjaman Wang

TULAR:
78

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK):

  1. Penjenayah menggodam akaun aplikasi komunikasi (contohnya WhatsApp) milik mangsa melalui pautan atau aplikasi palsu seperti invitation card.
  2. Gambar dan nombor telefon sebenar mangsa kemudian digunakan untuk memperdaya kenalan mangsa.
  3. Suspek akan meminta bantuan kewangan segera atas pelbagai alasan.
  4. Suspek turut meminta maklumat akaun bank mangsa kononnya untuk memulangkan wang, namun tujuan sebenar adalah menjadikan akaun tersebut sebagai akaun keldai (mule account) bagi kegiatan penipuan.

Pengajaran & Nasihat

  1. Sentiasa hubungi dan sahkan sebelum buat sebarang bayaran.
  2. Jangan muat turun atau buka fail (APK) yang dihantar melalui aplikasi komunikasi (contoh WhatsApp & Telegram).
  3. Semak sebelum mula memindahkan wang secara dalam talian.
  4. Jangan dedah maklumat akaun bank kepada sesiapa.
  5. Sentiasa curiga dan waspada suara atau imej boleh digubah menggunakan keupayaan Artificial Intelligence (AI).

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM JSJK


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI