SEBENARNYA:
Kerajaan Pahang tidak mengeluarkan sebarang arahan sekatan perjalanan yang melarang kakitangan awam keluar dari negeri ini seperti yang tular di media sosial.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Sallehuddin Ishak berkata, perkara itu tidak diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Pahang.
“Kerajaan Pahang masih belum putuskan perkara tersebut,” katanya.
Arahan itu kononnya melarang kakitangan awam Pahang menghadiri kursus dan mesyuarat luar dari negeri ini dan ia boleh dilakukan secara online berkuatkuasa serta merta.
SUMBER:
Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Pahang
Sinar Harian
Bernama