Balai Polis Sungai Petani Ditutup Sementara Adalah Tidak Benar

TULAR:
1169

SEBENARNYA:

Menurut Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Kuala Kedah:

Berhubung satu hantaran status melalui Facebook penama Mohd Faiz Basri
yang menyatakan:
“Balai Polis Sg Petani Ditutup Sementara Ekoran 32 Kakitangan Disaring dan Kini Sedang Dikuarantin – SP Today”

Pihak Ibupejabat Polis Daerah Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah menafikan bahawa status yang dimuatnaik oleh pemilik Facebook berkenaan adalah tidak benar. Balai Polis Sungai Petani masih beroperasi seperti biasa walaupun seramai (18) orang anggota polis yang bertugas di balai polis berkenaan telah menjalani saringan oleh pihak KKM Daerah Kuala Muda. Kesemuanya menjalani kuarantin di kediaman masing-masing. Selain daripada itu, kawasan Balai Polis Sungai Petani turut disanitasi bagi pencegahan penularan wabak Covid-19.

Satu laporan polis akan dibuat ke atas pemilik akaun Facebook Mohd Faiz Basri yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Kedah
Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI