Dakwaan Klip Video Kononnya Terdapat Kes Positif COVID-19 Di Klinik Kesihatan Taman Sri Orkid Adalah Tidak Benar

TULAR:
1651

SEBENARNYA:

Menurut Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB):

PKDJB ingin merujuk kepada satu video yang tular di media sosial berkaitan kes positif COVID-19 di Klinik Kesihatan Taman Sri Orkid.

Untuk makluman, PKD Johor Bahru ingin menafikan semua maklumat yang terkandung di dalam video berkenaan dan ianya adalah tidak benar.

Di dalam video berdurasi 26 saat itu, satu kes positif COVID-19 telah dilaporkan di klinik tersebut dan kesemua pesakit telah bertempiaran keluar. Untuk makluman, tiada kes positif dilaporkan setakat ini oleh Klinik Kesihatan tersebut. Hasil siasatan mendapati hanya kes PUI sahaja yang dilaporkan dan klinik tersebut telah jalani proses disinfeksi oleh PKD Johor Bahru pada jam 1 petang hingga 3 petang. Pesakit yang berada di luar klinik merupakan pesakit yang mempunyai temujanji petang.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI