DOSM Tidak Mengeluarkan Kenyataan Media ‘Penyesuaian Semula Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020’

TULAR:
1629

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM):

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) tidak mengeluarkan kenyataan media Penyesuaian Semula Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 sepertimana yang telah disebarkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataan media rasmi oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkenaan Penjadualan Semula Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 telah dikeluarkan pada jam 4.30 petang, 5 Oktober 2020.

DOSM turut mengeluarkan kenyataan media rasmi oleh Pesuruhjaya Banci 2020 berkenaan Pelaksanaan Banci 2020 Dijadualkan Semula pada jam 7.30 malam, 5 Oktober 2020 selaras dengan kenyataan media yang telah dibuat oleh YB Menteri.

SUMBER:

Facebook Rasmi DOSM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI