SEBENARNYA:
Tiada kejadian bunuh berlaku di Jalan Ulu Jenut, Kuala Krau di Temerloh, sebaliknya gambar yang tular di media sosial adalah mangsa kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata dakwaan berlaku kes bunuh mungkin timbul berikutan penemuan sebilah parang di lokasi kejadian.
Katanya, siasatan awal mendapati, parang berkenaan sebenarnya dibawa oleh mangsa, Mohamad Akhbar Abd Manaf, 24,di dalam bakul motosikalnya.
“Mangsa dipercayai dari pekan Kuala Krau pulang ke rumah namun terbabas ke bahu jalan pada jam 9.55 malam dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.”