37 Premis Di Pusat Beli Belah Taman Desa Tebrau Ditutup Kerana Tidak Memiliki Lesen Perniagaan Sah

TULAR:
1594

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menafikan 37 premis perniagaan di pusat beli-belah terkenal di Taman Desa Tebrau di sini, diarahkan tutup kerana tidak mematuhi prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebaliknya premis perniagaan yang turut membabitkan jenama popular diarahkan tutup sementara berikutan didapati tidak memiliki lesen perniagaan sah.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud, berkata arahan penutupan sementara itu dibuat dalam dua operasi bersepadu dijalankan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Isnin lalu dan kelmarin.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI