Jadual Pembukaan Semula Sekolah Seperti Yang Tular Di Media Sosial Adalah Palsu

TULAR:
19174

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

Info yang sedang tersebar luas di WhatsApp berkenaan Takwim Sekolah adalah palsu. Sebarang maklumat berkenaan takwim pembukaan semula sekolah hanya akan dibuat melalui medium rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.

Didapati terdapat juga mesej viral yang menggunakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan berhubung perkara yang sama, seperti di bawah:

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ketua Pengarah Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai jadual pembukaan Persekolahan dan Universiti.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPM

Twitter Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI