Waspada Dalam Membuat Pelaburan, Kes Penipuan Firma Klon Meningkat

TULAR:
828

Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC):

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengeluarkan amaran kepada masyarakat yang melabur mengenai peningkatan penipuan firma klon di mana firma penipuan akan menubuhkan syarikat mereka agar kelihatan seperti pengantara pasaran modal yang berlesen atau berdaftar dengan SC, bagi tujuan menipu pelabur.

Para penipu ini akan menggunakan nama, logo, bukti kelayakan, laman sesawang dan butiran lain penganntara pasaran modal yang sah untuk mempromosi skim pelaburan palsu melalui saluran media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Twitter, dengan menjanjikan pulangan tinggi yang luar biasa dengan sedikit risiko.

Mangsa penipuan biasanya diarahkan untuk mendeposit sejumlah wang ke dalam bank akaun peribadi yang mengaku mewakili entiti berlesen yang sah, dan/atau akaun korporat.

Orang ramai yang mengesyaki bahawa mereka telah didatangi oleh syarikat atau individu yang tidak berlesen yang menawarkan peluang pelaburan, boleh membuat laporan kepada Jabatan Pengguna dan Pelabur kami di 603 6204 8999 atau e-mel kepada [email protected].

SUMBER:

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI