SEBENARNYA:
Polis menafikan video tular sebuah keluarga meninggal dunia dalam rumah di Taman Merdeka, yang dikaitkan dengan COVID-19.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, tiada sebarang laporan diterima membabitkan kes berkenaan yang mula ditularkan di media sosial.
“Kita nafikan kejadian kematian akibat COVID-19 seperti ditularkan itu berlaku di daerah Melaka Tengah ini.
“Setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kes kematian seperti yang didakwa.”