PENJELASAN :
Kementerian Wilayah Persekutuan memperjelaskan laporan bahawa tiada lagi penjaja tepi jalan menjelang tahun 2020, sepertimana yang tular di media sosial.
Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata semua peniaga itu akan dipindahkan ke tempat lain atau berniaga menggunakan kenderaan saji.
Katanya, pihaknya juga akan memastikan tiada lagi peniaga yang memasak di tepi jalan, sebaliknya menaik taraf para peniaga tepi jalan kepada sistem yang berbeza dimana mereka hanya perlu memasak, membawa makanan untuk dijual di ruang berniaga yang khusus untuk mereka.