PETRONAS Merancang Hentikan 5,000 Orang Pekerja Pada Tahun 2018?

TULAR:
904

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya syarikat PETRONAS merancang untuk memberhentikan 5,000 orang pekerja pada awal tahun 2018.

Sumber gambar: web.feeddigest.com

SEBENARNYA:

PETRONAS menafikan dakwaan kononnya syarikat PETRONAS merancang untuk memberhentikan 5,000 pekerja pada tahun 2018 dalam apa yang dikatakan sebagai satu lagi pusingan “pengurangan kakitangan” di seluruh kumpulan.

Dalam satu kenyataan, syarikat minyak nasional itu menafikan sepenuhnya dakwaan tersebut.

Menurut syarikat PETRONAS, proses semakan semula perniagaan kumpulan yang dijalankan tahun 2016 telah membabitkan 2,300 pekerjaan seperti yang diumumkan sebelum ini dan pada masa ini tidak ada rancangan untuk melaksanakan satu lagi proses berskala sedemikian.

SUMBER:

Petronas

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI