Penyakit Beguk Menular Di Putrajaya?

TULAR:
1019
Sumber gambar : KKM

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat penularan kes penyakit beguk di Putrajaya sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa, hanya terdapat satu (1) kejadian kluster mumps (beguk) di kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan 11(2) Presint 11, Wilayah Persekutuan Putrajaya yang telah dilaporkan pada 25 Julai 2017.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai maklumat-maklumat tular yang tidak disahkan oleh KKM.

SUMBER :

Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI