Fasiliti Kementerian Kesihatan Pulau Pinang Terjejas Akibat Banjir ?

TULAR:
383
Sumber gambar : KKM

PENJELASAN :

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang memperjelaskan dakwaan bahawa perkhidmatan di fasiliti kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia di Pulau Pinang terjejas ikutan bencana banjir yang melanda  Pulau Pinang sepertimana yang dilaporkan media.

Gambar hiasan. Sumber gambar: tourism.gov.my

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang memaklumkan bahawa perkhidmatan di 167 Fasiliti Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia di Negeri Pulau Pinang TIDAK TERJEJAS dan perkhidmatan masih diteruskan seperti biasa kecuali bagi Klinik Kesihatan Mak Mandin, Daerah Seberang Perai Utara yang telah ditutup pada jam 11.00 pagi.

Sebagai langkah keselamatan, Klinik Kesihatan Mak Mandin telah ditutup ekoran daripada kabel elektrik yang ditenggelami air dan tidak beroperasi sehingga jam 5.00 petang pada hari ini.

SUMBER :

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI