SEBENARNYA:
Menurut kenyataan media Angkatan Tentera Malaysia (ATM):
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Bin Buang TUDM menafikan bahawa penularan video berdurasi 1.00 minit memperlihatkan pergerakan beberapa trak 3 tan berlogokan United Nations (UN) serta berwarna putih atas keterlibatan pertubuhan antarabangsa itu membawa masuk bantuan banjir kepada Malaysia sepertimana yang ditularkan melalui Facebook adalah tidak benar sama sekali.
Untuk makluman, paparan video tersebut merupakan proses Final Acceptance Test (FAT) yang dilaksanakan oleh ATM sebelum kenderaan tersebut diaturgerakkan ke Lubnan untuk kegunaan Kontinjen MALBATT 850 yang melaksanakan misi pengaman di bawah United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL).
Masyarakat diminta agar tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang perkara yang tidak atau berita palsu kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.