PDRM Bersama PGA PDRM Menjalankan Penugasan Rondaan Keselamatan Bagi Penguatkuasaan SOP Di Kawasan Tumpuan Orang Ramai

TULAR:
2662

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Dang Wangi:

Pada 26/12/2021 terkesan satu video berdurasi 1 minit 34 saat yang dimuatnaik di akaun TikTok yang mana menyatakan pihak polis dan tentera menghalang sambutan krismas.

Pihak polis ingin menjelaskan bahawa pada malam sambutan Krismas (24/12/2021), Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah menjalankan penugasan rondaan keselamatan bagi penguatkuasaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 di lokasi tumpuan orang ramai dengan bantuan sumber manusia daripada Pasukan Gerakan Am (PGA PDRM) dan bukannya pasukan tentera sepertimana yang dinyatakan di dalam video TikTok tersebut.

Pasukan pematuhan telah digerakkan ke lokasi tertentu yang menjadi tumpuan orang ramai bagi mencegah apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan orang ramai hadir di sesuatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak COVID-19. Kegagalan mematuhi SOP ini membolehkan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Dang Wangi

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI