SEBENARNYA:
Pejabat Kesihatan Terengganu menafikan satu maklumat yang tular di media sosial, kononnya berlaku penularan pandemik COVID-19 di tujuh sekolah di daerah Dungun.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus, pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mengenai perkara itu.