PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat pembunuhan tiga gadis di belukar Presint 15, Taman Rimba, Putrajaya.
Sumber gambar: Facebook
SEBENARNYA:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataannya menyatakan bahawa penyebaran maklumat berhubung dakwaan kononnya berlaku pembunuhan terhadap tiga gadis di belukar Presint 15, Taman Rimba, Putrajaya adalah tidak benar.
Hasil semakan yang dibuat menunjukkan tiada sebarang maklumat dan laporan polis diterima.
SUMBER :
Laman Web Rasmi Polis Diraja Malaysia