PENJELASAN :
Kementerian Kesihatan memperjelaskan dakwaan bahawa tiga pelajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dijangkiti virus Influenza A H1N1 sepertimana yang tular di media sosial.
Menurut Kementerian Kesihatan, mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai dakwaan tiga pelajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dijangkiti virus Influenza A H1N1 seperti yang tular di media sosial.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya masih menunggu laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengenai dakwaan tersebut dan memantau rapi perkembangan perkara itu.
SUMBER :
Bernama