Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):
MCMC ingin memberikan peringatan kepada orang ramai agar tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan mahupun pandangan berbaur kebencian dan penghinaan yang membabitkan Institusi Diraja di media sosial dan aplikasi permesejan.
Peringatan ini dikeluarkan susulan perkongsian individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan kandungan berbentuk penghinaan terhadap Institusi Diraja.
Sehubungan itu, MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan Institusi Diraja. Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahum atau kedua-duanya sekali.