PPTD Tidak Pernah Mengeluarkan Dakwaan Tidak Benar Mengenai KSN & KPPA

TULAR:
997

SEBENARNYA:

Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (PPTD) ingin merujuk kepada kenyataan palsu oleh Persatuan dan Alumni PTD yang sedang tular di media sosial berhubung dakwaan fitnah mengenai Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 14 Ogos 2023 (Isnin).

PPTD mengambil serius dakwaan fitnah terhadap KSN dan KPPA. PPTD berpandangan adalah wajar sekiranya semua pihak tidak membuat sebarang tuduhan dan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Kenyataan rasmi hanya dikeluarkan oleh PPTD melalui saluran rasmi PPTD. Mana-mana komen selain siaran media yang dikeluarkan oleh PPTD bukanlah komen dari PPTD tetapi adalah komen persendirian. PPTD serta ahli-ahlinya akan terus komited untuk menyokong Kerajaan Perpaduan yang telah dilantik bagi memastikan agenda pembangunan semula ekonomi negara dan kesinambungan sistem pentadbiran negara terus diperkukuhkan dan dimantapkan.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI