PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat ujian khas bagi lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 dan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 yang akan diadakan pada 20 hingga 21 November 2017.
SEBENARNYA :
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, menafikan bahawa terdapat ujian khas bagi lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 dan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 yang akan diadakan pada 20 hingga 21 November 2017.
Menurut kenyataan DBKL, perkara berkenaan yang telah tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp adalah tidak benar sama sekali.
SUMBER :
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur