20 Buah Kontena Durian Musang King Malaysia Gagal Memasuki China Kerana Kadar Kandungan Racun Serangga Yang Tinggi?

TULAR:
7434

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat 20 buah kontena durian Musang King yang gagal memasuki China kerana kandungan racun serangga yang tinggi.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menyifatkan maklumat berhubung kegagalan 20 buah kontena durian Musang King memasuki China adalah tidak berasas.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan berkata viral berhubung durian Musang King gagal memasuki China kerana kandungan racun serangga yang tinggi adalah tidak berasas dan tak sahih.

Menurut beliau, “Buat masa ini durian segar berkulit dari Malaysia masih belum diberikan akses pasaran ke China.  Daripada gambar yang viral, rupa durian itu tidak sama dengan bentuk dan sifat Musang King Malaysia. Buat masa ini, Malaysia hanya diberikan kebenaran untuk mengeksport durian separa proses seperti pes dan produk-produk industri asas tani berasaskan durian.”

SUMBER:

Berita Harian

MStar

Facebook Bernama TV

Facebook Berita TV3


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI