Ujian Khas Bagi Lantikan Pegawai DBKL ?

TULAR:
1035
Sumber gambar :DBKL

PALSU :

Tular di media sosial  dakwaan bahawa terdapat ujian khas bagi lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 dan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 yang akan diadakan pada 20 hingga 21 November 2017.

Gambar hiasan. Sumber gambar : DBKL

SEBENARNYA :

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, menafikan bahawa terdapat ujian khas bagi lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 dan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 yang akan diadakan pada 20 hingga 21 November 2017.

Menurut kenyataan DBKL, perkara berkenaan yang telah tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp adalah tidak benar sama sekali.

SUMBER : 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI