Cubaan Culik Kanak-Kanak di Kem Tentera, Port Dickson?

TULAR:
1120

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kejadian cubaan menculik seorang kanak-kanak sekolah di sebuah kem tentera di Batu 5, Port Dickson.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Polis menafikan kejadian cubaan culik kanak-kanak sekolah yang didakwa berlaku di sebuah kem tentera di Batu 5.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad, berkata kejadian sebenar ialah seorang lelaki kurang siuman berusia dalam lingkungan 20-an cuba menaiki trak Feri Sekolah Angkatan Tentera yang membawa pelajar.

“Dia ditahan oleh orang awam dan anggota tentera sebelum dibawa ke balai polis. Ahli keluarganya datang membawanya pulang tidak lama kemudian.”

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI