Kerajaan Negeri Terengganu Arahkan Supaya Tidak Mengadakan Keraian Calon UPSR Cemerlang?

TULAR:
332

PENJELASAN :

Kerajaan Negeri Terengganu memperjelaskan dakwaan larangan mengadakan  majlis keraian pelajar cemerlang UPSR sepertimana yang tular di media sosial.

Gambar hiasan. Sumber: blogspot.my

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) diminta mengeluarkan pekeliling kepada semua Sekolah Kebangsaan (SK) di Terengganu untuk tidak mengadakan majlis meraikan calon pencapaian terbaik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Katanya, kerajaan negeri akur dan menyokong penuh arahan dikeluarkan Kementerian Pendidikan dan pengurusan semua sekolah rendah diminta mematuhinya. Ini kerana katanya, murid yang mendapat keputusan kurang cemerlang juga menyumbang kepada gred purata sekolah.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang meminta pihak sekolah perlu meraikan semua calon UPSR dan bukannya hanya menumpukan kepada murid memperoleh semua A.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI