PENJELASAN :
Kementerian Kewangan memperjelaskan laporan bahawa Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh Malaysia akan ditutup sempena sambutan Aidilfitri sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Kementerian Kewangan, Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh Malaysia akan ditutup sempena sambutan Aidilfitri bermula 15 hingga 17 Jun 2018.
Bagi hari terakhir Ramadan (14 Jun), waktu operasi UTC di Semenanjung akan bermula dari 8.30 pagi hingga 1 tengah hari.
Waktu operasi UTC di Sabah, Sarawak dan Labuan pula adalah pada 8 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari sama (14 Jun).
SUMBER :
Laman Rasmi Kementerian Kewangan