Program ‘Rehiring’ PATI Bakal Ditamatkan Kerajaan Pada 30 Jun 2018?

TULAR:
1133

PENJELASAN :

Kementerian Dalam Negeri memperjelaskan laporan bahawa program ‘REHIRING’ bagi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di bawah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bakal ditamatkan kerajaan pada 30 Jun 2018, sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, program REHIRING yang dimulakan JIM akan ditamatkan pada 30 Jun 2018 ini. Tambahnya, tiada lanjutan tempoh yang dibenarkan dan orang ramai dan majikan boleh berurusan terus dengan Jabatan Imigresen bagi semua jenis perkhidmatan untuk penggajian pekerja asing.

“Selain itu, program serah diri secara sukarela atau lebih dikenali dengan nama Program 3+1 akan diteruskan sehingga 30 Ogos 2018 bagi membolehkan semua Pati yang berada dalam negara ini dan Pati yang tidak layak untuk meneruskan proses Program Rehiring supaya dapat pulang ke negara asal secara sukarela.”

Selepas tarikh 30 Jun, Jabatan Inigresen akan menjalankan gerak gempur operasi penguatkuasaan secara menyeluruh bagi memburu Pati yang gagal berbuat demikianserta majikan yang menggaji pekerja asing secara tidak sah.

SUMBER :

Facebook Kementerian Dalam Negeri

Astro Awani

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI