Peruntukan Penyiaran Piala Dunia 2018 Melibatkan Kos Sebanyak RM40 Juta?

TULAR:
363

PENJELASAN :

Kementeria Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memperjelaskan laporan bahawa peruntukan kos untuk siaran Piala Dunia 2018 melibatkan kos sebanyak RM40 juta sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Malaysiakini

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo, peruntukan kos untuk siaran Piala Dunia 2018 hanya melibatkan RM30 juta dan bukan RM40 juta sebagaimana diumumkan sebelum ini.

Untuk menampung RM30 juta berkenaan, pihaknya telah mendapat tajaan sebanyak RM15 juta untuk separuh kos berkenaan.

Beliau bekata, “Kita telah mendapat surat dari Sports Media and Distribution untuk penyiaran 41 perlawanan Piala Dunia 2018 dengan kos keseluruhan RM30 juta.”

SUMBER :

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI