Jururawat HSA Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Beri Rawatan?

TULAR:
706

PENJELASAN:

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) memperjelaskan berhubung rakaman video yang memperlihatkan seorang Jururawat Terlatih yang sedang memberi bantuan pernafasan kepada seorang pesakit sambil menggunakan telefon bimbit sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut kenyataan rasmi JKNJ:

Makluman dan siasatan awal pihak JKNJ dan HSA Johor Bahru telah mengesahkan bahawa pesakit ini dalam rawatan di HSA. Pihak JKNJ memandang serius insiden ini dan siasatan mendalam kini sedang dijalankan.

Pihak JKNJ serta HSA telah pun berjumpa dengan waris keluarga bagi mendapatkan
gambaran yang lebih terperinci serta memberi penjelasan dan berbincang mengenai perkara ini.

Pihak HSA sememangnya mempunyai tatacara pengendalian pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sambil menunggu untuk dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Pihak JKNJ dan Hospital memandang serius terhadap kakitangan yang tidak mematuhi ketetapan ini. Jika terdapat sebarang unsur kecuaian hasil daripada penyiasatan, maka kakitangan yang terlibat akan dikenakan tindakan yang tegas.

SUMBER:

Laman Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI