Video Mendakwa Empangan Sibol Pecah Adalah Tidak Benar

TULAR:
2186

SEBENARNYA:

Sebuah video yang tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mendakwa Empangan Sibol di Kota Tinggi pecah adalah tidak benar, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata hasil semakan mendapati tidak wujud Empangan Sibol di daerah berkenaan.

“Di Kota Tinggi tiada Empangan Sibol. Video yang tular ni adalah merupakan lokasi kolam takungan sisa Kilang Sawit Sibol B,” kata beliau.

Hussin berkata anggota Polis Bandar Tenggara turut dihantar ke lokasi video berkenaan untuk memastikan maklumat yang diterima.

Selain itu, beliau juga mengesahkan tiada jalan raya yang dinaiki air akibat dari limpahan air tersebut kerana kedudukan kilang sawit Sibol B yang jauh dari laluan jalan raya.

Dalam video yang berdurasi 19 saat, kelihatan sebuah kolam didakwa empangan itu telah pecah dan airnya mengalir masuk ke ladang kelapa sawit.

SUMBER:

Bernama
Astro Awani
Utusan Malaysia
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI