Dakwaan Takungan Air Kobat Akan Dilepaskan Ke Sungai Bukit Rangin Adalah Tidak Benar

TULAR:
949

Menurut Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP):

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telah mengesan satu kenyataan Facebook oleh pihak “Bencana Pahang & Luar Pahang” berkenaan dengan “takungan air kobat dari air Sungai Lembing hampir penuh. Pada bila-bila masa sahaja pintu gerbang automatic dibuka untuk melepaskan air ke sungai Bukit Rangin” yang telah menjadi tular di platform media sosial baru-baru ini.

Justeru, PAIP dengan ini menafikan bahawa kenyataan yang ditularkan oleh pihak tersebut. Kenyataan yang ditularkan oleh pihak tersebut adalah tidak benar. PAIP berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikaitkan secara tidak bertanggungjawab dan ditularkan semata-mata bertujuan untuk menimbulkan keresahan orang ramai.

Susulan daripada itu, PAIP ingin menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai kenyataan yang dikeluarkan oleh sumber yang tidak sahih. PAIP menyeru kepada orang ramai agar merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh PAIP sahaja.

SUMBER:

Facebook Rasmi PAIP
Harian Metro
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI