Video Tular 2 Wanita Bunuh Diri Video Lama Dan Bukan Di Malaysia

TULAR:
11822

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM):

PDRM telah mengesan sebuah klip video berdurasi 30 saat yang tular di media sosial, memaparkan dua (2) wanita bertindak membunuh diri dengan terjun dari sebuah apartment. Kejadian didakwa berlaku di Genting Highlands, Pahang.

PDRM mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku di luar negara pada tahun 2017. Klip video berkenaan telah diulang siar di media sosial beberapa kali semenjak tahun 2020 bagi membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai dinasihat untuk tidak mudah percaya dengan berita-berita yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya. Tindakan berkongsi atau menyebar berita-berita sedemikian akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM
Bernama
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI