Video Tular Merupakan Video Lama Latihan Simulasi Kesiapsiagaan Anggota Keselamatan Dengan Situasi Serangan Provokatif

TULAR:
1047

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA):

JPA mengambil perhatian serius terhadap penularan video lama berdurasi 1:10 minit telah dimuat naik dengan membina persepsi seolah-olah pegawai awam yang bertanya kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Ketua Setiausaha Negara (KSN) itu telah dinafikan dan dihalang oleh sekumpulan Polis Bantuan, selepas bertanyakan mengenai status permohonan kuarters kerajaan yang masih belum diluluskan di dalam suatu majlis dihadiri oleh beliau.

Video lama tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif telah berlangsung di auditorium yang dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif terhadap Kerajaan.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPA

Instagram Rasmi JPA

X Rasmi JPA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI