Waran Tangkap Yang Didakwa Dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Adalah Tidak Benar

TULAR:
629

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK PDRM):

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan waran tangkap yang dihantar kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram yang kononnya dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya.

Menurut waran tangkap berkenaan, satu arahan telah dikeluarkan kepada PDRM untuk mengambil tindakan segera bagi menahan pesalah-pesalah serta kesalahan-kesalahan yang dinamakan dalam tempoh 24 jam. Isi kandungan waran tangkap berkenaan juga menyatakan mahkamah tinggi telah memberi kuasa kepada PDRM untuk melaksanakan arahan tersebut.

Pesalah yang ditahan juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin oleh mana-mana pihak termasuk peguam. Aset-aset yang didaftarkan di atas nama pesalah juga akan dibekukan dan disita. Pesalah juga tidak dibenarkan untuk meninggalkan negara Malaysia setelah tindakan diambil ke atasnya.

PDRM memaklumkan waran tangkap tersebut adalah palsu. Jabatan ini tidak pernah menerima waran tangkap sedemikian. Sebagai langkah berjaga-jaga, semua pihak adalah diingatkan untuk tidak menuruti sebarang arahan yang diterima melalui waran tangkap tersebut serta individu yang tidak dikenali kerana ini merupakan salah satu elemen penipuan.

SUMBER:

Facebook Rasmi JSJK PDRM

Facebook Rasmi Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Astro Awani

My Metro



MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI