Penjelasan Isu Status Halal Minuman Keluaran Jenama Yeo’s

TULAR:
1006

Menurut kenyataan Bahagian Hab Halal, JAKIM:

Tular di media sosial berkenaan status halal produk jenama Yeo’s. Isu ini berpunca daripada sebuah video yang disalahtafsirkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mendakwa Syarikat Yeo’s bakal mengeluarkan dan mengedarkan air minuman baharu yang disuling daripada darah babi di negara ini.

Isu tersebut pernah dijawab oleh JAKIM pada 26 Jun 2023 namun ditularkan kembali.

Untuk makluman, syarikat yang dimaksudkan dalam video berkenaan ialah Syarikat Yeo’s yang beroperasi di negara Belgium dan tiada sebarang kaitan dengan produk jenama Yeo’s keluaran Syarikat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Sdn Bhd yang merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah.

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian HAb Halal, JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI