Warga Asing Diberi Kad Pengenalan?

TULAR:
458

PENJELASAN:

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan dalam sebuah video bahawa warga asing diberi kad pengenalan sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Ketua Pegawai Operasi MCMC, Dato’ Dr. Mazlan Ismail memaklumkan, MCMC telah menerima aduan mengenai penyebaran video tersebut dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti individu-individu yang menyebarkannya dengan bantuan pihak PDRM.

Menurutnya, MCMC memandang serius perkara ini dan mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi seseorang untuk membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

SUMBER:

Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC)

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI