Air Tercemar Disebabkan Bangkai Babi Di Pintu Masuk Loji Rawatan Syarikat Air Negeri Sembilan?

TULAR:
1035

PENJELASAN:

Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) memperjelaskan dakwaan bahawa bekalan air tercemar ikutan penemuan bangkai babi di pintu masuk pengambilan air sungai Dangi di loji rawatan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) di Kampung Geduhom Dangi sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail, pihaknya sudah melakukan siasatan berhubung perkara terbabit.

“Siasatan dijalankan SAINS mengesahkan bangkai berada di bawah pintu masuk pengambilan air Dangi. SAINS mengambil tindakan segera mengeluarkan bangkai terbabit. Kami ingin memaklumkan tiada pencemaran berlaku terhadap air terawat kerana bangkai berada di kawasan air mentah. Ia melalui beberapa proses sebelum rawatan air sebenar di loji untuk diagihkan kepada pengguna.”

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI