PENJELASAN:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan berita yang mendakwa kononnya kes pertama warga tempatan yang disahkan positif koronavirus telah mengunjungi negeri Kelantan sebelum pulang ke Sungai Petani sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, laporan berita bahawa warga tempatan yang dijangkiti Koronavirus mengunjungi negeri Kelantan tersebut adalah tidak benar.