WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan sebarang aktiviti yang mencurigakan di akaun Facebook, susulan insiden penggodaman di Facebook.
Menurut kenyataan rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):
MCMC sedang berhubung dengan pihak Facebook bagi memastikan beberapa ramai pengguna FB rakyat Malaysia yang terjejas akibat insiden penggodaman baru-baru ini.
Buat sementara waktu, para pengguna boleh menyemal daftar masuk halaman dan keselamatan FB mereka bagi menentukan sama ada akaun mereka telah diakses tanpa kebenaran atau sebaliknya.
Pada masa yang sama, pengguna juga adalah dinasihatkan untuk berwaspada dengan sebarang aktiviti yang mencurigakan dalam akaun-akaun mereka dan laporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
SUMBER: