Waspada Aktiviti Mengutip Kerang Di Persisiran Pantai Daerah Dungun

TULAR:
7

Menurut Siaran Media Ketua Polis Daerah Dungun, Polis Diraja Malaysia (PDRM):

PDRM IPD Dungun telah mengeluarkan larangan terhadap aktiviti mengutip kerang di persisir pantai daerah Dungun. Larangan diumumkan dalam usaha untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Keputusan diambil selepas pihak polis menerima beberapa laporan mengenai aktiviti membahayakan keselamatan individu yang terlibat dalam aktiviti mengutip kerang.

Persisir pantai daerah Dungun mempunyai risiko tinggi akibat daripada arus laut yang kuat dengan kelajuan angin 60KM/ J serta ketinggian ombak 4.4 meter dan juga perubahan cuaca yang tidak menentu.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Daerah Dungun

Astro Awani

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI