Waspada dengan modus operandi sindiket Ah Long yang menyasarkan warga tempatan yang bekerja di Singapura untuk menawarkan pinjaman wang secara dalam talian. Mereka turut menawarkan kerja-kerja khianat kepada para peminjam yang gagal melunaskan pinjaman sekiranya mangsa ingin melupuskan baki hutang.
Orang ramai dinasihatkan hanya berurusan dengan syarikat pinjaman wang berlesen sahaja untuk sebarang urusan pinjaman.