Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK, PDRM):
Satu laporan polis telah diterima pada 14 Januari 2025 berkenaan dokumen berupa amaran bertajuk “Kebenaran” yang dikeluarkan oleh “Pejabat Pusat Memerangi Jenayah Berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi”. Kandungan dokumen tersebut memaklumkan bahawa penerimanya terlibat dalam beberapa prosiding undang-undang kerana memiliki imej pornografi kanak-kanak, serta dikehendaki menghubungi pihak yang mengeluarkan dokumen tersebut dengan segera atau waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka.
Hasil penelitian, dokumen tersebut turut memaparkan Jata Negara serta logo Badan Peguam Malaysia dan ditandatangani oleh penama yang hampir sama dengan Ketua Polis Negara namun menggunakan jawatan yang berbeza.
Adalah dimaklumkan, semua perkara yang dinyatakan di dalam dokumen tersebut merangkumi maklumat prosiding jenayah, jabatan yang digunakan serta nama tandandatangan adalah palsu. Dokumen sedemikian tidak dikeluarkan oleh mana- mana jabatan kerajaan. Siasatan di bawah seksyen 465 kanun keseksaan sedang dijalankan.
PDRM percaya dokumen tersebut telah dicipta dengan tujuan untuk menimbulkan kebimbangan kepada penerima dan seterusnya menjerat mereka menjadi mangsa penipuan atau pemerasan.
SUMBER:
Facebook Rasmi PDRM