
Menurut kenyataan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu (DOF):
DOF Terengganu telah menjalankan analisis terkini berkaitan Pesta Kutip Kerang di Pantai Sura, Dungun susulan fenomena ini berulang pada 2025. Sampel air dan kerang telah diambil pada 15 Januari 2025 untuk memastikan keselamatan pengguna. Hasil analisis awal menunjukkan:
- Tiada kehadiran plankton yang menghasilkan biotoksin dikesan dalam sampel air.
- Analisis bakteria pada kerang sedang dijalankan oleh Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan, dan keputusan penuh akan diumumkan dalam masa tiga (3) hari.
Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian pada tahun-tahun sebelumnya (2014, 2016, 2019, dan 2021), analisis makmal menunjukkan tahap bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E. coli) dalam sampel kerang melebihi piawaian yang ditetapkan:
• Fecal coliform: Melebihi 300 MPN/100g
• E. coli: Melebihi 230 MPN/100g
Kajian menyeluruh oleh DOF membuktikan keperluan pematuhan kepada amalan keselamatan makanan, khususnya memastikan semua kerang dimasak dengan sempurna sebelum dimakan.
SUMBER:
Facebook Rasmi DOF Negeri Terengganu