Menurut Google, pihak Gmail telah menyekat lebih 100 juta emel memancing data (phishing). Pada minggu lalu sahaja pihak Google menyatakan, lebih 18 juta e-mel hasad (malware) dan penipuan (scam) berkaitan Covid-19 setiap hari.
Pihak Google melihat serangan emel phishing dan scam ini menggunakan pendekatan insentif kewangan dan menimbulkan keresahan yang mendorong mangsa untuk bertindak balas.
Selain itu, penipuan ini termasuk menyamar sebagai organisasi kerajaan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia meminta sumbangan atau menipu pengguna agar memuat turun perisian hasad serta percubaan pancingan data yang ditujukan kepada pekerja yang bekerja dari rumah.
Oleh itu, Google menyarankan kepada pengguna untuk tidak memuat turun fail yang tidak dikenali, mengesahkan kesahihan URL atau pautan sebelum memberikan maklumat log masuk. Pengguna turut dinasihati untuk melakukan pemeriksaan sekuriti bagi melindungi akaun.
Antara contoh modus operandi emel phishing yang digunakan adalah seperti berikut: