Saringan Yang Dijalankan Di Pondok Pasir Tumboh Bagi Memutuskan Rantaian COVID-19

TULAR:
1914

Menurut kenyataan pejabat Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan:

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan merujuk kepada berita yang tular di media sosial Facebook berkenaan saringan yang dijalankan di Pondok Pasir Tumboh pada 15 April 2020 (Rabu). Untuk makluman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan semua Jabatan Kesihatan Negeri untuk mengadakan saringan berfokus kepada para pelajar / penghuni pondok di beberapa pondok yang dikenalpasti berisiko tinggi termasuk di Pondok Pasir Tumboh. Hal ini merupakan tindakan pencegahan dan kawalan bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Untuk makluman, pemakaian PPE yang lengkap oleh petugas kesihatan adalah sebagai langkah pencegahan mengikut SOP KKM. Semasa saringan dilaksanakan di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu, didapati 15 orang pelajar Pondok Pasir Tumbuh mempunyai gejala suhu badan yang tinggi serta batuk. Mereka telah dihantar kePusat Kuarantin di Hospital Tengku Anis sebagai langkah berjaga-jaga

SUMBER:

Facebook Rasmi Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI