Waspada Fasa Peralihan Monsun

TULAR:
552
Sumber gambar : MET

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan fasa peralihan monsun yang dijangka bermula pada 27 Mac 2018 sehingga pertengahan Mei 2018.

Gambar hiasan. Sumber: Mynewshub

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD), permulaan fasa peralihan monsun ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut. Semasa tempoh peralihan monsun, kawasan serantau negara akan menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan yang rendah.

Keadaan cuaca yang lazim berlaku semasa tempoh peralihan monsun adalah hujan lebat, ribut petir dan angin kencang terutamanya pada waktu petang dan awal malam. Kawasan yang lebih kerap mengalami keadaan cuaca tersebut adalah negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, Pantai Barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak. Ribut petir kuat yang disertai dengan hujan lebat dan angin kencang boleh menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada ketika tempoh peralihan monsun ini serta sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MMD.

SUMBER:

Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI