WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan fenomena air pasang besar dan banjir pantai sepertimana yang dilaporkan.
Menurut Siaran Media Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS):
Kejadian air pasang besar adalah kejadian normal yang berlaku dua kali pada setiap bulan. Tempoh masa kejadian air pasang besar lazimnya adalah selama tiga hari. Walau bagaimanapun, kejadian air pasang besar yang disertai dengan ombak kuat dan angin kencang adalah fenomena yang menyebabkan berlakunya limpahan air laut serta kejadian banjir pantai (coastal flooding). Pertembungan hujan lebat di daratan dan pengaruh air pasang ini pula akan menyebabkan berlakunya banjir di kawasan rendah.
Kawasan persisir pantai khasnya Pantai Barat Semenanjung Malaysia adalah rendah dan landai dan kebanyakannya dilindungi oleh ban-ban pantai. Namun begitu, terdapat lokasi-lokasi ban pantai ini yang terdedah terus kepada pukulan ombak ketika air pasang dan terhakis teruk akibat tiada perlindungan semulajadi oleh hutan bakau. Akibatnya, kawasan ini amat berisiko untuk dilanda kejadian banjir pantai khususnya ketika air pasang besar.
Terdapat lima daerah yang terlibat dalam fenomena air pasang di negeri Selangor iaitu Daerah Sabak Bernam, Daerah Kuala Selangor, Daerah Klang, Daerah Kuala Langat dan Dearah Sepang. Bagi Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor bacaan aras laut adalah merujuk kepada bacaan aras laut di Bagan Datoh manakala bagi Daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang adalah merujuk kepada bacaan aras laut Pelabuhan Klang.
SUMBER:
Facebook Rasmi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli